PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

PENGENALAN

Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) telah dimulakan sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).

OBJEKTIF

Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah melalui pemupukan tabiat selalu/sentiasa minum susu.

FAEDAH PROGRAM

Menggalakkan pengambilan susu di kalangan murid-murid sekolah dan memastikan murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengambil susu. Selain itu, pemberian susu kepada murid sekolah juga adalah satu usaha untuk menghasilkan generasi baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas. Melalui bekalan susu ke sekolah taraf ekonomi pengusaha dan penternak tempatan akan dapat ditingkatkan.


No comments:

Post a Comment